Pages

Wednesday, June 22, 2011

GAYA TIDUR

Gaya Tidur Bayi Yang Baru Lahir



Pengenalan




















Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan
terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata
16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.




Gaya Tidur Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
• Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga
apabila tiba waktu makan.
• Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan
lapar.
• Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan
mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada
peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
• Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur.
Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa
tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam
keadaan ini.
• Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi
perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian
dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan
tidurnya.



Posisi Tidur American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi
secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak
posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di
bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.



Tempat Tidur Cadangan tempat tidur bayi :
• Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi
mengikut tahap keselamatan terkini.
• Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan
pengadang katil yang tidak selamat.
• Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
• Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
• Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
• Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan
yang lembut.
• Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang
sesuai.
• Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
• Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk
perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi
tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
• Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan
ibu dan sentuhan.
• Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur
dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak
kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan
bayi daripada tersepit.
• Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat
tidur dengan bayi.
• Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh
merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan
penjagaan bayi.




MEMbantu Bayi TiDur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan
menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
• Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan
ketika menukar lampin.
• Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
• Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum
bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
• Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia
boleh membentuk jadual tidur berkala

Sunday, June 12, 2011

monday blues...mengantuk gegiler...

mlm semalam nak tau x ape yang berlaku...

tepat pukul 4.00 pagi, baby ku luqmanul hakim merayau-rayau disekitar rumah...aku bagaikan tidak sedarkan diri coz terlalu mengantuk coz letih ngan aktiviti keluarga semalam.nasib baik my hubby, sedar .so cepat-cepat my hubby amik anakku dan terus tidokan si hakim ni.

Tuesday, June 7, 2011

MEASLES ATAU CAMPAK



Apakah measles atau campak?
Penyakit yang mudah merebak yang disebabkan oleh virus.
Penyakit ini terjadi diseluruh dunia dengan mangsa utamanya adalah kanak-kanak.
Ia tidak bahaya bagi kanak-kanak yang sihat. Namun bagi kanak-kanak yang tidak sihat seperti kurang imun dan kurang zat makanan, boleh menjadi bahaya.

Apakah tanda-tanda penyakit ini ?
Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda selepas 10-12 hari selepas dijangkiti kuman.
Biasanya tanda-tanda adalah :
Keletihan
Demam
Kelemahan
Sakit kepala
Mudah radang
Lain-lain tanda : Hidung berair, bersin, batuk
Tanda khusus : tanda yang dipanggil Koplik spot iaitu tanda kemerahan pada bibir mulut atau lapisan mukosa.
Selepas demam, bintik kemerahan akan timmbul di leher , kemudian merebak ke muka dan bawah badan seperti badan dan anggota tangan dan kaki.

Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh timbul ?
Kemerahan yang banyak
Jangkitan kuman bakteria
Keterukan keadaan fizikal
contoh :
Jangkitan telinga
Radang paru-paru
Radang otak


Bagaimana measles atau campak ini didiagnosis?
Doktor akan bertanya mengenai simptom atau keluhan dan melihat tanda-tanda luaran fizikal.
Jika perlu darah akan diambil sedikt untuk ujian serologikal untuk melihat samada titre terhadap virus ini naik atau tidak.

Apakah rawatan-rawatan untuk jangkitan ini?
Jika tidak serius :
Minum air banyak
Rawatan demam dengan ubat demam
Jaga kebersihan
Jika teruk , kemungkinan pesakit akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.


Apakah langkah menghalang jangkitan ini?
Semua kanak -kanak patut mendapat imunisasi measles pada umur 8 bulan sebagai imunisasi aktif.

Monday, June 6, 2011

walau pun penat,,,tapi menghiburkan..

untuk u alll sumer...pada ari jumaat yang lepas,,aku terpaksa amik half day untuk bekerja...coz malam tu aku bertolak pi terengganu...at the same time asuami ku terpaksa cuti coz pengsuh plak cuti pi perak....lalu suami ku amik cuti...sayang my hubby coz suamiku memahamiku kerana cutiku tinggal beberapa harui jer...sampai diterengganu pukul 5.40 pagi...disana kami ditempatkan di homestay...tapi dah x berapa jauh ngan umah kenduri .