Pages

Tuesday, June 7, 2011

MEASLES ATAU CAMPAK



Apakah measles atau campak?
Penyakit yang mudah merebak yang disebabkan oleh virus.
Penyakit ini terjadi diseluruh dunia dengan mangsa utamanya adalah kanak-kanak.
Ia tidak bahaya bagi kanak-kanak yang sihat. Namun bagi kanak-kanak yang tidak sihat seperti kurang imun dan kurang zat makanan, boleh menjadi bahaya.

Apakah tanda-tanda penyakit ini ?
Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda selepas 10-12 hari selepas dijangkiti kuman.
Biasanya tanda-tanda adalah :
Keletihan
Demam
Kelemahan
Sakit kepala
Mudah radang
Lain-lain tanda : Hidung berair, bersin, batuk
Tanda khusus : tanda yang dipanggil Koplik spot iaitu tanda kemerahan pada bibir mulut atau lapisan mukosa.
Selepas demam, bintik kemerahan akan timmbul di leher , kemudian merebak ke muka dan bawah badan seperti badan dan anggota tangan dan kaki.

Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh timbul ?
Kemerahan yang banyak
Jangkitan kuman bakteria
Keterukan keadaan fizikal
contoh :
Jangkitan telinga
Radang paru-paru
Radang otak


Bagaimana measles atau campak ini didiagnosis?
Doktor akan bertanya mengenai simptom atau keluhan dan melihat tanda-tanda luaran fizikal.
Jika perlu darah akan diambil sedikt untuk ujian serologikal untuk melihat samada titre terhadap virus ini naik atau tidak.

Apakah rawatan-rawatan untuk jangkitan ini?
Jika tidak serius :
Minum air banyak
Rawatan demam dengan ubat demam
Jaga kebersihan
Jika teruk , kemungkinan pesakit akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.


Apakah langkah menghalang jangkitan ini?
Semua kanak -kanak patut mendapat imunisasi measles pada umur 8 bulan sebagai imunisasi aktif.

No comments: